Kelas Pendaftaran Bantuan Persekolahan Baitulmaal Atas Talian
25 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 24 Januari 2024, telah diadakan sesi pembelajaran “Pendaftaran Bantuan Persekolahan Baitulmaal Atas Talian – Personal Kelas” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.
Staf PEDi membantu peserta untuk mendaftar ke dalam sistem MAINS bagi permohonan bantuan persekolahan Baitulmaal secara atas talian. Di samping itu juga, staf PEDi turut membantu dalam pengisian maklumat pemohon dan maklumat anak. Selain daripada itu, staf PEDi juga turut mengajar peserta cara-cara mengedit borang pdf bagi melengkapkan maklumat pada borang tesebut sebelum mencetak bagi tujuan pengesahan daripada Imam Masjid atau Pengerusi Jawatankuasa Komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: